Antara rumah tempat Abah menumpang sewa ialah di Taman Sri Gedombak. Rumah itu mengadap rumah Nenek. Sekitar setahun Abah tinggal di situ, iaitu dari tahun 1986 - 1987. Masa ini Abah masih menganggur dab mencari wang melalui menulis. Ada kalanya Abah menolong bapa saudara menjual buah tembikai di Pasar Besar Pasir Putih. Pendapatan tentulah tiada dan tidak menentu.
Rutin Abah ialah menaip (mesin taip) sama ada pagi, petang atau malam.
Abah sering juga bertandang ke rumah Nenek. Biasanya bersama kawan serumah Abah. Kadangkala sekadar berbual-bual sahaja. Ada kalanya Nenek jemput makan nasi.
Walaupun sering ke rumah Nenek, Abah tidak pernah bersua dengan Mama. Yang kerap Abah ketemu ialah Cik Cek, Cik Su dan Awong yang masih kecil. Pandai sungguh Mama menyembunyikan dirinya.
Abah kenal Mama pada hari-hari terakhir Abah tinggal di situ kerana akan melanjutkan pelajaran di Tanjong Malim. Pada hari-hari terakhir itu sempat Abah bergambar kenangan dengan Mama dan adik-adik Mama. Itupun kerana Mama menjelmakan dirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan